Assalamualaikum wbt semua.....Alhamdulilah dipertemukan sekali lagi.
Hari ni aku nak sambung ceritera yang tak sudah.....Rumah Ku Syurga Ku. Entri kali ni nak kongsi cerita mengenai ruang dapur.
Ruang dapur...suatu tempat yang membuatkan aku cukup selesa berada didalamnya. Ruang yang selalu menjadi keutamaan ku. Balik kerja....ruang pertama ku gagahi tentulah ruangan ini. Pemilihan warna...aku pilih dari elemen sejuk & segar. Hijau lemon, sejuk mata memandang...uikksss perasan gulpp. Untuk bahagian lantai dapur aku sengaja memilih warna tanah (coklat) kerana aku tak ada konsep ruang basah & ruang kering. Ia digabungkan bersama. Warna coklat mampu menutupi cela minyak dan kotoran ketika memasak.
Gambar dibawah adalah ruang kegemaran ku. Dapur Munggil ku gelar ia ha ha ha. Tak lah sebesar mana, kecik-kecik jak macam empunya rumah hihi.
DAPUR KU 2013 |
Untuk gambar dibawah...sila abaikan segala benda yang bergantung dikerusi dan dinding ya. Aku tak teror dalam hiasan dalaman. So, mana yang aku rasa selesa...aku buat. Buat masa ni aku tak ada stor penyimpanan barang lagi. Encik suami rancang nak buat stor di bahagian luar rumah berhampiran dengan sisi dapur. Aku pula rancang nak buat stor penyimpanan di dalam rumah. Kebetulan masih ada ruang dibahagian tepi, nak buat stor rak besi dan ditutupi kaca warna gelap. InshaAllah, kalau dah ada bajet nanti...aku usahakan stor penyimpanan tersebut.
2015 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan