Hi alls...Bersua kembali.
Sejak dua tiga menjak ni selalu terbaca artikel kesihatan. Agak rajin juga aku buka laman mengenai fungsi jus buah dengan kitaran hidup semasa. Kalau nak kata aku sedang bertarung dengan sakit...InsyaAllah buat masa ini aku dalam keadaan baik-baik saja. Ku baca sifat tubuh...seolah ada sesuatu yang harus ku kenali dengan mendalam. Jommm layannnzz
Bermula dengan perut. Tak dinafikan aku seringkali berhadapan dengan masalah perut. Dalam seminggu pasti ada saja yang datang mengganggu. Sembelit?? rasanya TIDAK. Alhamdulilah 'pelaburan'ku sentiasa baik pagi dan petang. Gastrik??? mungkin. Masuk angin?? mungkin juga. Masalah usus?? harap2 tidakkkk. Well...aku sndiri tidak pasti tentangnya.
Wajah. Siapa yang tak nak kelihatan cantik, manis dan anggun kan. Aku pun sama lah juga. Walau aku seorang yang mementingkan kesederhanaan dalam penampilan..off coz wajah perlu diambil perhatian. Lets talk about Wajah. Diperakui...aku bukan seorang yang berwajah cantik, mulus dan gebu. Perakuan mahal weeeiiii. Masalah jerawat seringkali menyebabkan aku tak senang duduk. Mujurlah aku tak ada masalah pigmentasi kulit atau jeragat di wajah.
Aku baca beberapa blog kesihatan. Ramai mengatakan bahawa JUS EPAL HIJAU baik untuk sistem pencernaan. Kerana dari perut lah bermula buruk baik kesihatan. Aku rasa...aku setuju dengan pendapat itu. Maklumat dibawah ku dapat dari blog Hafiz (tuan empunya blog..mohon share info yer).
Antara kelebihan epal adalah:
1.Amalan menghidu epal dapat memperbaiki kapasiti peparu dan menenangkan fikiran.
2.Membersihkan saluran usus serta membuang racun dan toksid dengan pantas.
3.Mengurangkan risiko penyakit jantung.
4.Melindungi sendi tulang.
5.Membantu mengekalkan berat badan (epal hijau).
6.Kandungan serat epal berupaya mengisi perut yang lapar dan mencegah kita daripada makan berlebihan.
7.Meredakan masalah sembelit dan ianya makanan yang sihat untuk pesakit buasir.
8.Anti-kolestrol. Membantu dalam mengekalkan tahap kolestrol dalam darah.
9.Selepas makan makanan segera, elok amalkan makan epal supaya dapat menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.
Last week aku dah mula amalkan minum jus epal hijau. Selepas solat subuh...ku ambil secawan jus dari separuh biji epal hijau. So far...rasa epal segar. Sedap. Penghadaman ku lancar. Lepas minum epal hijau...aku dah tak ambik sarapan pagi seperti sebelum ini. Tapiiii...bila sampai waktu makan tengahari ahahaha garenti penuh sepinggan nasi campur. Paling best, jerawat semakin kecut dan ruam pun berkurangan. Bersyukur sangat. Ternyata jus epal hijau serasi dengan darah ku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan