Rabu, 13 Julai 2016

Rumah Ku Syurga Ku - part I

Rumah Ku Syurga Ku

Masing2 ada pengalaman tersendiri. Aku???? punya pengalaman pahit manis dalam hal ehwal rumah....dari mula dapatkan rumah tersebut, diawal pembinaan hingga lah dah boleh didiami oleh anak-anak. Syukur ke hadhirat Illahi...biarpun diawal pembinaan rumah tersebut banyak rintangan yang kami hadapi. Berkat kesabaran dan doa Encik suami...Alhamdulilah...Allah SWT izinkan segalanya.

Bermula disini....

Dah lima tahun tinggal diperumahan (Taman Kuala Menggatal Phase 2, Jalan Sepangar). Aku beli rumah tu melalui carian di laman akhbar Daily Express keluaran tahun 2007. Sebuah rumah teres bertingkat (Intermediate). Aku orang yang kedua beli rumah tsb...owner sebelum ni seorang chinese. Dia tak pernah tinggal rumah tersebut dan hanya disewakan saja. Keadaan rumah cukup menggerunkan ahahaha sebabnya penyewa lelaki memang tak pernah nak ambik tau soal kebersihan & jagaan persekitaraan ...janji dapat tinggal dirumah.....sudah 

Proses jual beli tidak semudah yang ku jangka. Ambik masa setahun juga untuk release loan di bank. Lebih2 lagi aku guna subsidi perumahan yang diperuntukkan oleh kerajaan. Proses dalaman untuk dapatkan subsidi perumahan juga mengambil masa....melebihi tempoh yang ditetapkan dalam perjanjian jual beli diantara aku dengan penjual. Turun naik pejabat peguam, duit muka terbang ntah berapa....nasib baik Encik suami masih ada sedikit duit simpanan masa itu. Lastly..aku kena penalti RM1,000.00 akibat kelewatan menyelesaikan baki bayaran rumah...sedangkan urusan tu sepatutnya tanggungjawab peguam dilantik. Sabarrrr je laaa

Dari tahun 2008 hingga 2012. Anak2 semakin membesar...sekarang ni pun kedua-dua mereka dah bersekolah di SK Darau Menggatal. Jarak dari Kg.Darau agak jauh dari tempat kami tinggal. Bertolak dari rumah ke rumah pengasuh seawal jam 0600 pagi...kalau lewat terpaksa berhadapan dengan 'jem'. Agak2 sampai dalam jam 0700 pagi....urus beg anak2...mau-mau dalam jam 0715 pagi baru bertolak ke tempat kerja (bandar Kota Kinabalu). Anggaran masa dalam 40 minit baru tiba di kawasan bandaraya. Bayangkannnn....setiap hari aku bergelumang dengan keadaan itu. Masa yang ada amat berharga bagi ku. Walau bagaimana pun...aku tetap bersyukur kerana itu lah rumah pertama hasil duit gaji yang ku dapat setiap bulan. Aku bukan orang senang sebab tu aku tak malu berhutang dengan bank untuk dapatkan tempat tinggal demi anak-anak.

Ni jak sempat ku ambil gambar rumah tersebut. Tinggal kenangan. Ceritera Pahit manis semua ada dalam rumah itu. Allah SWT saja mengetahuinya.
TAMAN KUALA MENGGATAL, JALAN SEPANGAR (2012)
2012
Ini lah anak-anak ku. Gambar ni diambil beberapa bulan sebelum aku ambil keputusan untuk jual rumah tersebut. Anggaran bulan Mei 2012 aku dah publish 'Rumah Untuk Dijual' kat newspaper dan pamer notis dipagar rumah. Keputusan dibuat agak drastik....sampai Encik suami terkejut dibuatnya. Baru 5 tahun kami duduk rumah tu,.....tetiba aku ambik keputusan untuk menjual rumah itu dan berpindah balik ke kawasan perkampungan (Kg.Darau Laut Menggatal). Aku dah habis fikir...keputusan ku buat bukan untuk kesenangan diri...tapi demi anak-anak dan niat Encik suami. Dipendekkan cerita.....rumah berkenaan akhirnya beralih pemilik awal tahun 2013.
ANAK-ANAK KU (2012)
Kisah Ku Belum Berakhir......

Permulaan rumah baru penuh debaran dan menggamit pengalaman. Episod suka duka tidak berakhir di sini. Rumah idaman ku cari pak Google...ehehehe macammmm biasaaaa ha ha ha. Cabaran mencari tukang rumah, pengalaman ditipu tukang rumah memang menyakitkan. Perrrggghhhh tukang rumah beralih tangan sebanyak 3 kali wooo. Duit semakin susut. Jangkaan rumah siap dalam 3 bulan tapi bila dah kena tipu...masa berlanjutan sehingga 6 bulan. Kesabaran amat perlu pada masa itu huhuhu.

Gambar dibawah diambil semasa masih dalam proses pembinaan. Pelan rumah dibuat sendiri oleh tukang rumah pertama. Lari dari pelan yang ku sediakan. Memang marah sangat masa tu. Bajet dah lah semakin susut...ikut suka dia jak nak buat ikut pelan sendiri. Upah/gaji pekerja hampir setiap minggu dia nak. Demi nak tengok rumah tu siap cepat...terpaksa ikut saja kemahuan dia. Bila fikir balik...rasa dipukau pun ada. Berserah kepada Allah SWT.
PROSES PEMBINAAN 2013
Bila dah tak tahan dengan sikap tukang rumah pertama...aku dan Encik suami ambik keputusan untuk mencari tukang rumah baru. Apa tidaknya....asyik merungut dan selalu tak datang kerja. Orang cakap...'bertebiat''. Hampir seminggu jugak lah rumah tu terbengkalai hingga jumpa tukang rumah yang baru. Alhamdulilah....dengan izin-NYA, atas bantuan sedara suami...kami jumpa tukang rumah yang baru. Kos upah..hmmmmm....Tuhan saja yang tahu. Kata orang...sabar itu pahit tapi manisnya tetap ada. Gambar dibawah adalah hasil kerja tangan tukang kedua.

PEMBINAAN HAMPIR 80% SIAP
Bila dah sampai bab-bab mengecat rumah....kami terpaksa cari tukang rumah yang lain. Ini pun atas bantuan maklumat dari sedara suami jugak. Akhirnya dapat tukang rumah ketiga. Kos upah juga berlainan dan kami telah bersedia dengan sebarang kemungkinan. Demi nak siapkan cepat rumah tersebut....Redha aja laaa



Taarrrraaaa.....ini pandangan dari dalam rumah ku!!!

Bersyukur kepada Illah diatas bantuan-NYA. Rumah Ku Syurga Ku akhirnya berjaya disiapkan. Walau agak simple....Alhamdulilah.




Dari awal lagi aku memang suka ruang dapur yang luas. bagi aku...keluasan ruang dapur memudahkan pergerakan ku untuk menyediakan makan minum keluarga kecil ku. Aku tidak meletakkan sesuatu konsep dalam menghias rumah dan susun atur perabot, dapur basah dan dapur kering disatukan. Thats mean...tidak ada konsep khas seperti orang lain. Apa yang aku suka dan selesa..aku buat. Mujur lah Encik suami tak pernah nak masuk campur dalam urusan dalam rumah. Dia serahkan sepenuhnya kepada ku...so bertambah mudah ehehehe.

Hmmm....dah ngantuk...kita sambung di entri (kesinambungan) akan datang ya.

Muaaah smua.









1 ulasan:

Copyright © Super Duper Mom Made with ❤ by azhafizah.com