Perrrgghhh dah seminggu tak update blog. Cuti raya bah kita. Apa pun...aku nak mintak ampun maaf kepada semua, manalah tau ada terkasar bahasa, tersalah tingkah.
CERITA MALAM RAYA
5 JULAI 2016/SELASA
Malam raya biasanya orang kampung dah mula masak lamban. Tapi untuk dua tahun berturut-turut ni aku & Encik Suami setuju nak masak kelupis saja. Mudah dapat bahan dan senang masak. Hah...bagi yang nak merasa kelupis resepi emak aku...boleh jenguk sini
Resepi Kelupis
Bahan
1kg @ 6 gelas beras pulut
1 biji kelapa parut
Sedikit garam
Air
Daun pandan - beberapa helai ikut suka
Daun irik - beberapa helai.
Cara
Beras pulut dicuci bersih. Toskan. Sukatan beras aku guna sukatan gelas supaya senang nak sukat air santan yang akan digunakan nanti.
Kelapa parut dijadikan santan, perah airnya hingga menjadi 6 gelas air santan. Pastikan gelas yang sama digunakan semasa menyukat beras pulut tadi.
Beras pulut yang dah ditoskan dicampur dengan air santan, sedikit garam dan daun pandan. Masak diatas api kecil dan gaul sehingga kental. Jangan sampai kering dan hangit ya ehehehe tak pasal2 makan kelupis bakar. Biarkan sejuk seketika sementara siapkan daun irik.
Biasanya daun irik banyak jual dipasar. Untuk sekilo beras pulut..anggaran 20-30 keping daun digunakan. Daun dicuci dan lap dgn kain bersih. Ambik sesenduk beras pulut yang dah siap tadi...masukan dalam daun irik....lipatkan macam buat lepat pisang. Dah siap semuanya...kukus anggaran 15-20 minit atau sehingga pulut masak.
Gambar di bawah adalah gambar contoh ya...Aku belum sempat ambik gambar sendiri. Kepada empunya gambar...mohon maaf & minta dihalalkan.
KELUPIS |
CERITERA RAYA PERTAMA
1 SYAWAL / 6 JULAI 2016 / RABU
Salam Aidilfitri 2016.
Seperti kelaziman kita sebagai orang2 Islam...Aku juga tidak ketinggalan mohon ampun dn maaf kepada Encik Suami. Raya pertama....Danish tidak bersama kami, dia dah ikut mak bapa aku balik kampung (Beaufort) kemarin. Macam biasa, sebaik solat sunat Aidilfitri selesai, Encik suami akan menziarahi pusara kedua orang tuanya....Mak & bapa mertua aku la bah ehehe. Juga pusara arwah abg Ipar (Encik Addis bin Seran). Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan beramal solleh.
Raya Pertama (Tengahari) - Tetamu kecilku sentiasa ada sejak 3 tahun tinggal di Kg.Darau Menggatal. Hari pembukaan 1 Syawal dah ada 3 trip kanak2 datang ke rumah....Alhamdulilah permulaan rezeki rumah. Ang pau / duit raya....semestinya ada untuk mereka. Walau tak banyak mana...syukur la bah kan. Nikmat bersedekah.
ANGPAU @ DUIT RAYA |
Orang....seminggu nak raya dah kemas2 beg balik kampung. Aku???? raya pertama baru nak kemas beg. Itupun bawa seorang satu saja. Ahahahahaha...rock pun bukan...mak ciput pun bukan...ntah apa ntah.
Sebelum bertolak ke kampung (Kg Klias Baru Beaufort)....singgah kejap rumah kak ipar. Walaupun mak pak mertua dah tak ada...ipar duai sebelah suami mesti diziarah juga. Nak ambik hati suami lah kata kan....WAJIB tauu.
ON THE WAY BALIK KAMPUNG |
Gambar hanya berdua...sebenarnya balik bertiga...tapi yang lagi sorang nyenyak tido dibuai mimpi. Masuk ja dalam kereta...garenti mata dia pun macam mabuk ketum...Dania....Dania...
Tarrraaaaa...ini lah Keluarga AlohaIman...Alhamdulilah masih dipanjangkan usia oleh Allah SWT & sempat bersama lagi untuk tahun ini. Serba hijau....kalau bergambar dengan pokok pisang...garenti korang nampak kepala saja kan ahahaha.
RUMAH MAK BAPA |
CERITERA RAYA KEDUA
2 SYAWAL / 7 JULAI 2016 / KHAMIS
Alhamdulilah sekali lagi. Berkat izin Allah SWT kami sekeluarga bersatu kembali. Last kitaorang ambik gambar keluarga pada tahun 2012. Lama weeiii. Ini pun kurang seorang....suami adik ku (tudung hitam ditengah) tak dapat balik kerana bertugas dimusim perayaan. Terpaksa la dia dengan anaknya saja yang ada. Apa pun....SYUKUR SELALU.
Salam perkenalan!
Barisan Atas-Sebelah Kanan : Noorain binti Iman & Mohd Gadafi bin Haji Ismail / Susanti binti Iman & Ag Ahmad bin Haji Ini / Salim bin Seran & Aloha binti Iman / Ladye Diana binti Iman / Nor Intan Syahira binti Harris & Andika bin Iman / Mohd Rafik Stennis & Aidah Iman
Barisan Tengah-Sebelah Kiri : Mohd Sufary bin Azman / Nabila Iqrine binti Mohd Rafik / Iman Haji Kasdi & Raini binti Jais / Raisya Syaqira binti Mohd Gadafi (dipangkuan emak) / Adina Sofea binti Ag Ahmad / Amir Safwan bin Ag Ahmad
Barisan Bawah-Duduk Hadapan : Mohd Dzaidediah bin Mohd Rafik / Mohamad Danish bin Salim / Sarah Ayu binti Ag Ahmad / Mohd Nazmie bin Mohd Gadafi / Hasya Rania binti Mohamed Zamberi / Dania Batrisyia binti Salim / Dzulkarnain Mirza Mohd Rafik
KELUARGA ENCIK IMAN KASDI & PUAN RAINI JAIS (2016) |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan