Rabu, 20 Julai 2016

Isu Susu Kacang

KEGEMARAN KU
Assalamualaikum

Lagi tentang kesihatan. Kali ni nak kongsi cerita mengenai pengambilan SUSU KACANG SOYA. Baru-baru ni Aku terbaca blog tentang keburukan meminum susu kacang soya. Tertanya-tanya juga...betul ka??? Aku ni peminum susu....tak terkecuali susu kacang soya. Lebih-lebih lagi produk baru Vsoy...ada multigrain. Rasa sedappp sangat. Pekat dan banyak campuran bijiran. Pada hemat ku Vsoy Multigrain ni sangat bagus diminum kerana mengandungi beberapa bijiran yang kaya dengan zat. Tup tup terbaca blog sebelah menulis pandangan dan kajian mereka mengenai keburukan minuman susu kacang soya. Pernah dengar dulu...waktu tu aku masih aktif dengan Shaklee. Suka sangat minum ESP sebab mengandungi protein yang baik untuk kesihatan dalaman. Bila dengar desas desus keburukan susu kacang soya, aku ter'stuck'' seketika. Hampir 10 blog ku buka bagi mengenalpasti kesahihanya. Yesss....7/10 blog yang ku tinjau mengatakan susu kacang soya berbahaya untuk diminum. Toinggg...Toinggg...


Ntah la, aku dah terbiasa minum susu kacang. Walau ku tahu bahaya pengambilanya....masuk juga air sedap tu ditekak ku ngeee ngeee. Mintak-mintak lah tak ada masalah kesihatan yang ku hadapi kelak. Cuma, terus terang...aku suka sangat dengan Vsoy Multigrain. Ia membuatkan aku kenyang & selesa sepanjang berada di pejabat.

Terbaca 1 blog, dia seorang penggemar soya ( sama lah kita hehe ). Aku sependapat denganya. Penulisanya menyokong pengambil susu kacang soya berdasarkan 7 kriteria yang difahami dan diselidikinya. Antara 7 kriteria tersebut seperti berikut :-

1. Tumbesaran kacang soya secara ORGANIK
2. Penghasilan dari Non GMO
3. Mengandungi 9 asid amino yang diperlukan oleh tubuh
4. Soy Isolete dihasilkan melalui pembersihan menggunakan air dan bukannya alkohol
5. Bahan-bahan Anti-Thyroid perlu disingkirkan
6. Proses pembuatan soya melalui proses yang betul tanpa pemanasan
7. Penutralan asid
{ sumber : http://www.lyanahisham.my }

Kepada U alls yang masih ragu2 dengan susu kacang soya, better rujuk kepada pakar kesihatan ya. Aku bukan pakar...jauh sudu dari pinggan kiki...aku hanya penggemar. Apa yang ku tulis hanya berdasarkan kesesuaian dan penerimaan tubuh ku sendiri terhadap sesuatu makanan/minuman. Jangan kecam aku tau. 

Soalnya....tepuk dada tanya selera. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright © Super Duper Mom Made with ❤ by azhafizah.com