Selasa, 19 Julai 2016

Minat Baru : Set Porcelain


Assalamualaikum

Porcelain..aku masih mentah dalam hal ini. Minat baru muncul selepas ternampak satu kedai Livingware yang menjual barangan seramik dan porcelain. Sekilas pandang, cantik juga porcelain ni ya. Dalam hati terasa ingin memiliki. Pada hemat ku porcelain ni suatu barangan yang elegent, tahan lama (mengikut si pemakai) dan paling penting lebih baik berbanding menggunakan set pinggan mangkuk melamine. Pengguna set porcelain ni juga mencerminkan si empunya set. Bagi aku penggumpul/collector set seramik atau porcelain seorang yang cermat dan berani.

Oleh sebab aku baru berjinak-jinak dalam bidang ini maka set porcelain ku tidak lah sebanyak mana dan tidak semewah koleksi orang lain. Biar bertatih, aku usahakan mengumpul set dinner seramik / porcelain mengikut kemampuan. "Biar Papa Asal Bergaya"...huhu itu bukan moto hidup ku. Neverrr!!.

MILIK KU

Aku lebih suka set pinggan mangkuk plain colour. Banyak koleksi peribadi ku berasaskan warna putih. Warna putih juga merupakan warna neutral dan bagi ku putih melambangkan kesucian, tulin dan tidak ada sifat2 hipokrit.
SWEET ROSES
Sweet jak aku tengok koleksi pinggan mangkuk 'Sweet Roses'' tu kan. Gambar tu milik blogger myroyaltable.com. Mohon izin untuk pinjam gambar di atas ye.

Lastly....bila kita mahukan sesuatu...usahakan dan buatlah sesuatu.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright © Super Duper Mom Made with ❤ by azhafizah.com