Khamis, 1 September 2016

Selera Petang

Assalamualaikum semua.

Syukran, masih diberi peluang bernafas hari ini. Masih diberi ruang dan kesempatan untuk muhasabah diri. Petang yang indah...ciptaan Illahi. Bumi Kota Kinabalu dibasahi hujan rahmat Mu Ya Allah.

Jam sekarang....tamatnya waktu bekerja. Masih di pejabat menunggu redahnya hujan. Perut keriuk keriuk memberi isyarat. Sebelum dugaan gastrik melanda...sediakan payung makanan buat pengalas perut. Malam ni rasanya jenuh nak masak. Kekadang timbul perasaan bosan berada di dapur munggil. Bukan kerana aku tak suka padanya....jiwa ku tersesar seketika. Mood sentuh kuali dan bahan basah sekejap ada sekejap tiada...hmmmmm...jiwa kacau.

Bila memikirkan tentang anak-anak, ku gagahi restoran paling hampir dengan pejabat. Hebat jer kaki melangkah. Bab-bap menapau tiada galang ganti bagi ku hahahaha. Kata nak save budget....akhirnya tersesar juga target ku. Ku pujuk diri...ahhh...biar lah untuk kali ini sahaja.


FIESTA ISLAND


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright © Super Duper Mom Made with ❤ by azhafizah.com