Assalamualaikum.
Diri ini terpanggil untuk kongsi sesuatu. Menu sampingan yang dahulunya dijeling sepi. Sejak terjebak dengan drama korea serba sedikit minat dan citarasa beralih angin seketika. Salah satu perkara baru yang berjaya menyuntik minat ku adalah Kimchi. Menerusi blog sebelah yang ku petik sedikit tulisanya, Kimchi :-
Kimchi (Hangul: 김치, gimchi) adalah makanan tradisional Korea, salah satu jenis sayur masin hasil pemerapan yang dibuat dengan mencuci sayuran yang sudah digaram dan memerap dengan bahan-bahan seperti udang kering, sos ikan, bawang putih, halia dan serbuk cili merah.
Sayuran yang biasa digunakan untuk dibuat kimchi adalah kobis dan lobak. Pada zaman dulu, kimchi dipanggil sebagai chim-chae (Hangul: 침채; Hanja: 沈菜) yang bermaksud "sayuran yang direndam."
Di Korea, kimchi selalu dihidangkan pada waktu makan dengan hampir semua masakan. Kimchi juga digunakan sebagai ramuan sewaktu memasak sup kimchi kimchi jjigae, nasi goreng kimchi kimchi bokkeumbap dan pelbagai masakan lain. Kimchi terdiri dari ratusan jenis dengan ciri khas aroma yang keras, tajam, dan menyengat.
Aku bukanlah kemaruk sangat dengan benda2 baru disekitar ku. Hanya perasaan ingin tahu dan cuba hingga berjaya. Benda baik lebih elok dimanfaatkan. Ku layan resepi kimchi di youtube. Ku amati olahan idea dari Maangchi. Akhirnya tercetus idea mencuba di rumah. Mujur lah bahan2 segar mudah didapati di pasaraya. Sel2 otak mula berkembang. Meletus idea hasilkan kimchi resepi sendiri. Yang pastinya bahan-bahan semulajadi, segar dan Halal.
Ku beranikan diri mempromosikan produk ini....pada awalnya hanya diperingkat teman sepejabat. Pastinya air tangan ku sendiri. Resepi olahan ciptaan ku yang tidak jauh beza dengan resepi asal si aunty Maangchi. Mohon izin ya aunty hihihi. Tahu tak kenapa ku katakan HALAL??. Bahan2 yang terkandung dalam adunan pembuatan kimchi adalah sayur-sayuran. Antaranya kobis, lobak putih, lobak merah, spring onion, sos ikan dan pes lada. Bercakap mengenai pes lada. Menurut aunty Maangchi, resepi asli korean kimchi mengandungi gochujang sebagai bahan asas dalam penghasilan kimchi. Sesetengah resepi penghasilan gochujang mengandungi arak beras korea. Akhirnya....aku gunakan pes lada buatan sendiri iaitu menggunakan serbuk lada tempatan (resepi dari aunty Maangchi)
Hasil sentuhan ku pada teman sepejabat. Alhamdulilah, mendapat sambutan diluar jangkaan. Buat permulaan, packing diakui kurang kemas. Belum ada sticker label well aku dah tempah sebenarnya....sedang menunggu hehe.
Kepada yang berminat nak mencuba kimchi ku..dipersilakan komen atau direct whatsapp aku 0198571052. |
singgal sini dan follow. salam kenal :)
BalasPadamAssalamualaikum. Salam perkenalan.
PadamAssalamualaikum. Salam perkenalan.
Padamsinggah sini dan follow salam ukhuwah... rajinnya buat kimchi tak pernah nak try buat
BalasPadamAssalamualaikum. Salam perkenalan jua.
PadamAssalamualaikum. Salam perkenalan jua.
PadamCantik blog ni..singgah petang dr blog Azhafizah :)
BalasPadamTerima kasih. Credit to Azhafizah😍
PadamTerima kasih. Credit to Azhafizah😍
Padam