Selasa, 20 September 2016

''Dania HomeMade KOrean Kimchi - Testimoni


Alhamdulilah. 
Diberi peluang untuk melangkah setapak lagi.
Aku nak kongsi sikit maklumbalas dari kawan2 yang sudi membeli kimchi yang ku buat.
Syukran. Rezeki adalah milik DIA.


KimchiLovers


Kengkawan yang berminat membuat tempahan jangan segan silu whatsapp 0198571052. 
Penghantaran via poslaju (Semenanjung Malaysia / Sarawak).
Penghantaran menggunakan Bas (Tawau/Sandakan/Keningau/Tenom).


Minggu PROMOSI

Assalamualaikum
and Say Hi to KimchiLovers!!

Minggu PROMOSI !!

Minggu PROMOSI !!

Sayang2 semua....jom tebus Minggu PROMOSI ''Dania HomeMade Korean Kimchi'' bermula hari ini hingga 30 September 2016 sahaja.


Ahad, 18 September 2016

Aku dan Kimchi (Wajah Baru)

Assalamualaikum

Alhamdulilah bertemu lagi. Syukran di atas rezeki Allah SWT.

Cerita tentang kimchi belum berakhir. Semakin lama tersemai minat dengan si kimchi. Alhamdulilah...segala puji bagi Allah. Aku dan kimchi seolah-olah ada nada selari. Kimchi....zahirnya punya rasa pedas dan masam. Aku?? begitu lah jua...punya liku-liku hidup yang kadang kala ada pasang dan surut. Kadang rasa bahagia yang teramat...kadang rasa pahit yang sukar digambarkan...kadang ada keseimbangan. Ku akui...itu perkara normal dan natural dalam kehidupan sebagai manusia. 

Alhamdulilah untuk sekian kali. Kursus latihan pengendali makanan telah selamat ku hadiri. Menuju langkah seterusnya. Kata emak...biar bertatih untuk meraih kejayaan. Berusaha, doa dan tawakal...paling penting sentiasa ingat DIA Yang Maha Kuasa. Kegagalan adalah titik permulaan menuju kejayaan....sabar perlu ada. Tabah umpama paracetomol dalam hidupku. Demi suami dan anak-anak. Demi ibu bapa tercinta.

18 SEPTEMBER 2016

Aku dan Kimchi....
Yang berminat dengan kimchi hasil buatan ku boleh whatsapp 0198571052. Tempahan sentiasa dibuka untuk sayang2 semua. Disebabkan aku dah tukar packing baru....jangan risau...penghantaran via Poslaju akan diusahakan. Yang penting u alls dapat merasa sendiri kimchi halal milik ku.

 Sebelum ni aku guna bekas kontena. Sekarang dah tukar packing baru. Rasa lebih sesuai sebab packing baru ni guna ziplock. Bau dan kuah kimchi garenti tdk keluar. Selamat lah kiranya hehe. Cuma...sticker label makanan tu aku dah tukar...pegi klasik. Semuanya masih ORIGINAL beza packing dan penampilan saja. So, jangan was-was.
Sayuran yang dipilih juga segar dari kebun Di Kundasang tempat yang sejuk, sayuran segar banyak pilihan. Kebanyakkan sayuran yang aku guna adalah sayuran segar dari Kundasang, Ranau. Aku tdk kisah setiap hujung minggu ke Kundasang semata-mata nak dapatkan sayuran segar....demi si Kimchi. Kimchi yang baik adalah dari sumber yang baik....chewahhhhh.

Jemput singgah ke halaman = https://www.facebook.com/HomeMadeKoreanKimchi/

Nak jadi agent....amat dialu-alukan. Stock kimchi akan dihantar via poslaju. Untuk kawasan Tawau / Sandakan / Tenom / Keningau....penghantaran menggunakan bas. Kos penghantaran (khidmat bas) PERCUMA....tats mean...aku tanggung. Tak pe...untuk korang. Luar kawasan Sabah....macam biasa....terpaksa kita bekerjasama dengan pihak Pos Malaysia. 

Berikut adalah senarai agent yang dilantik. U alls boleh dapatkan kimchi keluaran ''Dania HomeMade Korean Kimchi" secara langsung dengan mereka. 

1. W.P.Labuan
- Puan Nelina Sidup
Tel/Wsap : 0143536838

2. Beaufort
- Puan Noorain Iman 
- En Nazmie Gadafi
Tel/Wsap : 01131458331

3. Beaufort (Penyimpanan Stock)
- Puan Susanti
@Amas Bakery Shope, Beaufort Sentral

4. Tawau
- Puan Noraizah
Tel/Wsap : 0198109006

Aku masih baru dibidang ini....agent amat diperlukan untuk setiap kawasan / daerah di Sabah. Jangan segan silu komen / pm / whatsapp untuk sertai aku dan Kimchi. Jom sokong bisnes kecil-kecilan Bumiputra Islam.

Akhir kata untuk entri kali ini...."Sesuatu Tidak Mudah Melainkan Dipermudahkan Allah ''.

Wassalam.

Selasa, 6 September 2016

"Dania HomeMade Korean Kimchi"

Assalamualaikum.

Diri ini terpanggil untuk kongsi sesuatu. Menu sampingan yang dahulunya dijeling sepi. Sejak terjebak dengan drama korea serba sedikit minat dan citarasa beralih angin seketika. Salah satu perkara baru yang berjaya menyuntik minat ku adalah Kimchi. Menerusi blog sebelah yang ku petik sedikit tulisanya, Kimchi :-
Kimchi (Hangul김치, gimchi) adalah makanan tradisional Korea, salah satu jenis sayur masin hasil pemerapan yang dibuat dengan mencuci sayuran yang sudah digaram dan memerap dengan bahan-bahan seperti udang keringsos ikanbawang putihhalia dan serbuk cili merah.
Sayuran yang biasa digunakan untuk dibuat kimchi adalah kobis dan lobak. Pada zaman dulu, kimchi dipanggil sebagai chim-chae (Hangul: 침채; Hanja: 沈菜) yang bermaksud "sayuran yang direndam."
Di Korea, kimchi selalu dihidangkan pada waktu makan dengan hampir semua masakan. Kimchi juga digunakan sebagai ramuan sewaktu memasak sup kimchi kimchi jjigae, nasi goreng kimchi kimchi bokkeumbap dan pelbagai masakan lain. Kimchi terdiri dari ratusan jenis dengan ciri khas aroma yang keras, tajam, dan menyengat.

Aku bukanlah kemaruk sangat dengan benda2 baru disekitar ku. Hanya perasaan ingin tahu dan cuba hingga berjaya. Benda baik lebih elok dimanfaatkan. Ku layan resepi kimchi di youtube. Ku amati olahan idea dari Maangchi. Akhirnya tercetus idea mencuba di rumah. Mujur lah bahan2 segar mudah didapati di pasaraya. Sel2 otak mula berkembang. Meletus idea hasilkan kimchi resepi sendiri. Yang pastinya bahan-bahan semulajadi, segar dan Halal. 



Ku beranikan diri mempromosikan produk ini....pada awalnya hanya diperingkat teman sepejabat. Pastinya air tangan ku sendiri. Resepi olahan ciptaan ku yang tidak jauh beza dengan resepi asal si aunty Maangchi. Mohon izin ya aunty hihihi. Tahu tak kenapa ku katakan HALAL??. Bahan2 yang terkandung dalam adunan pembuatan kimchi adalah sayur-sayuran. Antaranya kobis, lobak putih, lobak merah, spring onion, sos ikan dan pes lada. Bercakap mengenai pes lada. Menurut aunty Maangchi, resepi asli korean kimchi mengandungi gochujang sebagai bahan asas dalam penghasilan kimchi. Sesetengah resepi penghasilan gochujang mengandungi arak beras korea. Akhirnya....aku gunakan pes lada buatan sendiri iaitu menggunakan serbuk lada tempatan (resepi dari aunty Maangchi)


Hasil sentuhan ku pada teman sepejabat. Alhamdulilah, mendapat sambutan diluar jangkaan. Buat permulaan, packing diakui kurang kemas. Belum ada sticker label well aku dah tempah sebenarnya....sedang menunggu hehe. 
Kepada yang berminat nak mencuba kimchi ku..dipersilakan komen atau direct whatsapp aku 0198571052.

Khamis, 1 September 2016

Selera Petang

Assalamualaikum semua.

Syukran, masih diberi peluang bernafas hari ini. Masih diberi ruang dan kesempatan untuk muhasabah diri. Petang yang indah...ciptaan Illahi. Bumi Kota Kinabalu dibasahi hujan rahmat Mu Ya Allah.

Jam sekarang....tamatnya waktu bekerja. Masih di pejabat menunggu redahnya hujan. Perut keriuk keriuk memberi isyarat. Sebelum dugaan gastrik melanda...sediakan payung makanan buat pengalas perut. Malam ni rasanya jenuh nak masak. Kekadang timbul perasaan bosan berada di dapur munggil. Bukan kerana aku tak suka padanya....jiwa ku tersesar seketika. Mood sentuh kuali dan bahan basah sekejap ada sekejap tiada...hmmmmm...jiwa kacau.

Bila memikirkan tentang anak-anak, ku gagahi restoran paling hampir dengan pejabat. Hebat jer kaki melangkah. Bab-bap menapau tiada galang ganti bagi ku hahahaha. Kata nak save budget....akhirnya tersesar juga target ku. Ku pujuk diri...ahhh...biar lah untuk kali ini sahaja.


FIESTA ISLAND


Copyright © Super Duper Mom Made with ❤ by azhafizah.com