Rabu, 29 Jun 2016

Ikan Sungai

Entri kali ni nak share pasal IKAN SUNGAI.

Soal masak memasak dalam semua adik beradik...aku lah paling rugi. Terkenal sangat..orang yg tak pandai memasak. Balik kampung....baru berhabis nak masak sebab kesian dengan mak. Nak juga dia rehat dari dapur dia tu. Apa pun aku dah cuba yang terbaik...slalu juga copy & paste resepi dari blog sebelah. Bukan nak curi ek...niat nak belajar masak jer...macam korangggg. Alhamdulilah Encik Suami tak pernah merungut biarpun ku tahu masakan ku cincai...dah biasa masak terjun kih kih kih. Anak-anak pun sama....dah ada disiplin diri....biarpun tak sedap diaorang slalu kata masakan ummi sedap. Sebab diaorang tau...ummi diaorang ni balik kerja penat...nak masak sedap2 memang tak cukup masa. So, menu pilihan - MASAK TERJUN ha ha ha!.

Pendek cerita...ikan sungai adalah faveret kami anak beranak....terutama ikan sembilang dan ikan keli...fuhhhh Terbaikkkkk. Aku masak apa ja...anak2 tak pernah complain. Haaa ni salah satu moment anak2 masa dapat ikan sungai saiz besar...slalunya dapat kecik2 jak.
IKAN SEMBILANG
Ari tu dapat ikan ni di Tamu Mingguan Tuaran. Kebetulan tinggal seekor...harga kalau tak silap dalam RM20.00. Memang tak rugi beli, ikan tu fresh, besar dan ada telur. Tarrrraaaaa besar kan..
TELUR IKAN SEMBILANG
Masa dapat ikan ni..anak2 exited sangat. Si Abang nak suruh masak lemak..si Adik suruh masak kicap...Encik Suami pula prefer masak stim halia. Peningggg ummi dibuatnya. Lastly...aku masak lemak cili api. Nasi memang sengaja masak banyak sebab dah tau selera anak2 garenti kebabom punya bila dpt ikan ni.
My Hero
Berebut nak posing maut dengan ikan ni....katanya nak share dengan mak long dan mak ngah. Siap suruh aku share dalam whatsapp Family lagi. Demi anak-anak ummi....TETAP SHARE. Oppsss...sila abaikan dapur ku yang berserabut tu ya
My Jantung Hati
Anak dara ni..Jantung Hati Ummi. Bab-bab makanan memang cerewet..tu lah badan dia slim semacam. Bukanya kurang zat tapi memilih sangat. Dia paling tak suka masakan pedas...nampak lada bunga dalam menu....otak dia dah fikir masakan pedas. Daniaaa....Daniaaa..... Bila aku masak lemak cili api, terpaksa lah asingkan cili/lada padi. Encik Suami nak merasa pedas terpaksa berkorban...letak cili/lada padi sendiri yek.

Aku dapat resepi Sembilang masak cili padi dari laman Pi1M. Minta halal empunya resepi. Mohon share di sini ya.
SEMBILANG MASAK LEMAK CILI PADI
Bahan-bahan:
 
5 ekor ikan sembilang
500ml santan
15 biji cili padi (tumbuk)
1.5cm belacan (tumbuk)
5 biji bawang merah (tumbuk)
5 biji bawang putih (tumbuk)
1 batang serai (dititik)
2 keping asam gelugur
1/2 sudu serbuk kunyit
garam & gula
 
Cara:
 
1. Masukkan kesemua bahan tumbuk, asam keping, serbuk kunyit dan serai bersama santan.
2. Jerangkan di atas api dan masukkan ikan sembilang. Masak di antara 10-12 minit.
3. Kacau sekali sekala sehingga mendidih dan tidak pecah santan.
4. Masukkan garam dan gula.
5. Ikan sembilang masak lemak cili padi siap untuk dihidangkan.

Sesapa yang ada resepi masak lemak....sila share ya....aku nak cuba masak di rumah.





Hiii U allssss....

Entri kali ni nak kongsi mengenai KOLEKSI PERIBADI.

Setiap orang punya koleksi peribadi. Aku lebih suka kongsi detik indah koleksi peribadi ku di blog ini. Blog aku kannnnn... Salah satu benda yang jadi keminatan aku ialah BARANG KEMAS. Biarpun bukanya emas tulin...aku tak kisah...yang penting aku suka benda tu. Antara koleksi yang aku minat dan dah ku milik...SUASA MUTIARA...sememangnya Original SABAH bah hihi.

INI SAMPLE SUASA MUTIARA Di DIPASARAN

Cantik kan????? Suasa ni tahan lama tau. Nak jaga pun senang. Penjual tu kata...hanya guna pencuci pinggan sunlight, ia akan bersinar kembali. Aku dah cuba...alhamdulilah....berkesan. Dah lama simpan...warnanya tetap sama. Gambar kat bawah tu...milik aku. Bukan nak riak or menunjuk...tapi dah aku bagitau tadi..aku lebih senang kongsi detik indah di Blog sendiri. Yang nyampah tu...sila ke blog sebelah yerrr. 

MILIK KU

Ari tu , harga pasaran dalam RM650. Tawar punya tawar...adik tu kasi less, boleh dapat dalam RM450.00. Dia offer cincin...kebetulan sama saiz jari ku yang munggil huk huk perasan....total RM500.00. Kalau dah minat..apapun sanggup ditempuh ye tak. Berbaloi juga beli...dah pakai berbulan lama....hari2 pulak tu. Warna masih sama...mutiara tak jatuh atau terkopek. Dah ngantuk...jumpa esok ya muah ketat2.




Selasa, 28 Jun 2016

Ramadhan 2016

Assalamualaikum
Salam Ramadhan semua.

Alhamdulilah...hari ni ramadhan ke 24...bersyukur masih diberi peluang. Masa berlalu pantas sekali. Nak cerita sikit pasal persiapan raya 2016.



Persiapan raya dah buat sikit demi sedikit. Bermula dengan baju raya untuk aku, suami dan anak-anak. Gaji bulan April aku sempatkan beli kain ela untuk buat baju suami dan anak lelaki (Mohammad Danish). Seperti biasa....aku umpama 'Pengarah'' a.k.a Penyimpan Mohor Besar dalam hal ehwal Persiapan Raya ha..ha..ha.. Alhamdulilah..setakat ni suami tak cerewet hal2 pakaian. Apa yang aku beli dan plan...semua dia SETUJU. So, kali ni aku memilih untuk tampil berbeza...kurta & seluar dari kain pelekat...cantik wooo. Oppss...warna tema utk tahun 2016...HIJAU LUMUT.Bagi aku dan Dania, aku memilih kain warna yang lebih kurang dg suami. Fesyen? Kimono moden utk aku...dress kembang utk Dania Batrisyia. Untuk kami berdua ehehe bagian top plain manakala bagian kain guna kain sarung Indo.

MOHAMAD DANISH & DANIA BATRISYIA
KAIN ELA UNTUK BAGIAN TOP
KAIN SARUNG UNTUK DIBUAT SKIRT
KAIN PELEKAT UTK DIBUAT SELUAR SUAMI & DANISH


Kuih muih? Hmmm Seperti tahun2 sebelum ini...aku prefer kuih tunjuk jak. Masa aku fixed sampai tak sempat nak buat kuih muih. Bukan tak ada oven...ada...cuma masa tak mengizinkan. Bulan ramadhan memang balik jam 3 petang tapi bila dah sampai rumah...banyak kerja rumah perlu disattle. Nasib baik lepas sahur aku terus cuci kain...garenti tak sambung tido.

Last year..aku oder dengan adik beradik. Tahun ni pun sama..oder ja dengan diaorang. Lagi senang...tak banyak songeh...sedap pun boleh tahan wooo. Selebihnya aku dn suami beli di Wisma MUIS... Biskut untuk tahun ni... tat nenas, kuih makmur, semperit susu (oder dengan Kak Ngah Aidah), kuih bahulu (oder dengan staff/Kak Elymia) dan biskut pelangi (oder dengan Kak Long Susanti)

Open House?? Bagi aku tak ada istilah OPEN HOUSE...sapa nak datang...dipersilahkan...pintu rumah kitaorang tak tutup kecuali midnight keh keh keh. Makan ja lah apa yang ada yerrr...nak lagi chun....sila beralih ke kedai mamak ha ha ha.

Copyright © Super Duper Mom Made with ❤ by azhafizah.com